Kancah China Burma India
Kancah China Burma India

Kancah China Burma India

(Askar British India juga terlibat)Kancah China Burma India (CBI) adalah designasi Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II bagi China dan kancah Asia Tenggara atau India-Burma (IBT). Markas pasukan operasi Bersekutu (termasuk tentera AS) dalam CBI secara rasmi menjadi tanggungjawab Pemerintah Tertinggi Asia Tenggara atau China. Bagaimanapun, tentera AS dalam amalan biasanya di awasi oleh Jeneral Joseph Stilwell, iaitu Timbalan Pemerintah Bersekutu Tertinggi di China; istilah "CBI" adalah penting dalam urusan logistik, materiel dan anggota; ia biasanya digunakan dalam tentera AS untuk kancah ini.Unit-unit Bersekutu yang terkenal dalam CBI termasuklah Pasukan Ekspedisi China, Flying Tigers,[1] unit angkut dan pengebom yang terbang atas The Hump, Grup Komando Udara Pertama, para jurutera yang membina Jalan Ledo, Unit Ke-5307 Komposit (Provisional), yang lebih dikenali sebagai "Merrill's Marauders", dan Briged Ke-533, Provisional atau 'Pasukan Petugas Mars', yang mengambil alih misi Marauders.

Berkaitan